;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Monday, July 13, 2009

ANTARA DARJAT CINTA & DARJAT SEBAGAI SAHABAT @ TEMAN ( Sepetang Di Tepian Pantai...)

Sepetang yg cukup mendamaikan jiwa ....

Satu petang aku pergi di Pantai Teluk Senangin untuk bersiar-siar keseorangan Kamera sentiasa je ada dalam kereta aku tak tahu lagi kemana arah yang ku nak tuju akhirnya destinasi yang ku pilih adalah di situ. ...petang yang hening itu di temani bunyi ungas-ungas di hutan tepi pantai tersebut begitu mengasyikkan kesunyian dalam jiwa bagai terubat seketika apabila mendengar bunyi-bunyian semulajadi ciptaan Allah. di selang seli dengan bunyi deru ombak yang memukul tepian pantai. fikiran di lamun kenangan silam yang tak mungkin terpadam dan tak mungkin berulang kembali. Adakalanya hati hampir putus asa dan hampir mengalah, tetapi apabila di renung kembali semua ini di anggap sebagai Anugerah yang di perlu di terima... semua ini sudah tercatat dan tersurat. Mungkin tika dan masanya hikmahnya pula akan muncul tiba. Aku redha semua ini... kita hanya boleh merancang dan berusaha serta berdoa , kerja-kerja ketentuan hanyalah akan datang dari Allah.

Dalam aku termenung keseorangan Aku di Usik & di terjah persoalan Darjat Cinta.... huh bila di fikirkan memang payah nak di terjemahkan dan di ulas... bagi aku Darjat Satu Cinta ini adakalanya membawa ke gerbang bahagia dan adakalanya mengundang bala bencana, Bahagia di dunia kecewa di akhirat. bagi aku pula Darjat sebagai sahabat & teman membawa ke menara kebahagiaan Jiwa & Rohani..bahkan mebawa bahagia di Dunia juga Akhirat. Apa yang perlu di fikirkan sekarang adalah mencari keredhaan & Maghfirah dari Allah S.W.T .

Entahlah ikutlah pada kehendak dan pendirian diri masing-masing.... bila kita renung kembali semua ini berbalik pada diri sendiri sama ada keperluan Nafsu atau keperluan Fitrah... orang lain mungkin nampak bahagia apabila sedang di lamun dan di apungkan semasa bercinta nampak Indah, Rindu, Sayang & pelbagai lagi... tapi lama kelamaan muncul lah mentari benci , bosan & macam-macam. Mana datang semua ini setelah hubungan cinta lama terjalin??

ermmmm .... Pelik Bin Hairan kan?? macam-macamlah boleh terjadi setelah terputus, berputus , berpisah & terpisah... semua akan ikut apa kata nafsu... marah , menangis , putus asa, gundah gulana, kecewa , geram & macam-macam akan keluar .... bagaimana tu boleh datang?? perisai kasih sayang segalanya lengkap di pasang tetapi boleh jadi macam ni juga... ahhhhhhh inilah resam apabila bercinta...

Aku tak nak bercerita panjang bab cinta ni lagi... akan membuatkan aku lebih runsing & getik... hehhe yang sudah tu sudah la... jika ada cinta lagi selepas ini tak mungkin aku tertipu lagi.. ( Kata Hati ) kini aku ingin kembali berpaut Pada sabdamu Nabi Cinta yang Ikhlas & Suci murni serta Maha Hebat dari segalanya adalah CINTA padaMu .... Allah

Ameen.....














DARJAT SAHABAT & TEMAN LEBIH INDAH. BILA TERPISAH JASADNYA MUNGKIN TERPISAH TETAPI HATI & JIWANYA HIDUP BERSATU SEKIAN LAMA SAMPAI BILA-BILA

Cinta Yang Teratas Cinta Pada Allah & Rasul

2 comments:

iman wahyu said...

comment keseluruhan :


“Ku utuskan kenangan yang kini telah menjadi nostalgia, untukku bandingkan dengan saat-saat yang telah ku dambakan dalam resah mentafsir cinta ini kepadamu”.


“Ku bukan pujangga seperti dirimu yang menyulam kata puisi indah. Dapat kurasa jarak bumi dan langit hanyalah sejengkal Cuma, namun mengapa ku rasa jarak antara kita terlalu jauh dek kerana sejuta keraguan?”


“Setiap insan di dunia ini..
dilahirkan dengan sebuah cinta..hati..perasaan..dan secebis dendam….”

“Kuburkan aku dihatimu demi cinta sebelum mati”.


Alif Edzwan…
“Di akhir-akhir ini, ketika aku dalam kesepian, Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian. Andainya di situ ada ruang, bolehkah kiranya ku menumpang…

Alif Edzwan...
Andai ada sisa kemaafan… Maafkan diri ini yang dulu melukakan. Berilah aku kesempatan… kubuktikan Erti keikhlasan…”


“Alif laam raa : (ini adalah) kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Terpuji.”

AYIE SHAHRI SARIPAN said...

wan... follow gak lerr blog sy.. jom belajar bahasa jawa heehehee

Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar