;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Tuesday, July 7, 2009

Sepetang Di Kampung

Assalammualaikum & Salam Ceria kepada semua...

Pertamanya kita panjatkan puji-pujian serta kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini, Selawat serta salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat & keluarga Baginda kerana dengan pengorbanan dan perjuangan baginda dapat kita menikmati keindahan Iman & Islam hingga kekal ke hari ini...

hari ini keadaan cuaca serta kekuatan dalam diri makin baik serta pulih sedikit dari segala bentuk kemurungan... semua ini berkat doa dari kawan-kawan serta yang mengenali diri aku..Alhamdulillah..

setiap cubaan & ujian yg kita lalui seharusnya kita lebih banyak bersabar serta menempuhnya dengan tenang... semua yang terjadi dah pun terjadi apa yang ada kita syukuri dan kita memperbaiki kelemahan diri yang ada... semua ini membentuk motivasi pada diri sendiri agar lebih cekal menempuh segala onak duri.

Walaupun agar terkilan dan dukacita dengan apa yang terjadi kita sebagai hamba kena berfikir secara positif bahawasanya apa yang Allah berikan kita ujian adalah untuk memantapkan iman kita supaya sentiasa mendekatiNya walau apa jua bentuk ujian yang datang.

Perjalanan kita masih jauh & banyak yang perlu kita perhalusi serta mengenali jalan-jalan ini... musibah yang kita terima tetap kita kena tempuh, Kesabaran, Kekuatan Iman & kekuatan Mental serta Fizikal menjadi pengubat keyakinan diri agar terus berdiri ceria & sihat sediakala.

banyakkan berdoa padaNYA mintalah kekuatan kepadaNya agar ada di bukakan jalan ketenangan serta penamat kebingungan. Kasih Sayang Allah pada Hambanya lebih hebat darjatnya dari kasih sayang antara Manusia sesama manusia.. semua ini adalah fitrah semulajadi. Apa yang penting kita kembali kepadaNya dengan penuh Taqwa.. Insya Allah ada jalan ketenangan menanti di hadapan .

sekian sahaja coretan saya ari ni , apa yang di luahkan hari ini adalah untuk menyampaikan hajat di hati agar ada sesuatu untuk semua kita sama-sama renungkan adakah yang tersirat di sebalik yang tersurat....
Maafkan aku jika ada coretan ini menyinggung mana-mana pihak yang sudi membuka serta menatap blog aku ini. sekiranya ada pahala di sebalik apa yang di paparkan ini aku sedekahkan pahala ini kepada kawan-kawan dan sahabat handai agar mereka hidup bahagia di dunia akhirat.

insya AllahMengharapkan Keceriaan Kembali Menyinari....

sekian..
Wassalammualaikum.


No comments:

Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar