;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Sunday, July 12, 2009

Sejenak....Hari Persandingan Nora Di Tanjung Malim

12hb Julai 2009, tiba hari majlis persandingan ke 2 di rumah pihak pengantin lelaki, cuaca agak basah selepas hujan dengan renyai-renyai sepanjang perjalanan ke tanjung malim. Rombongan pengantin perempuan direhatkan di rumah pakcik sedara yang hampir siap. Alhamdulillah ada juga tempat berteduh dari panas dan hujan .kami di tumpangkan sementara untuk bersiap dan berehat. setelah perancangan mula-mula di Malim Prima tidak menjadi kenyataan. mungkin ini masalah teknikal & Ujian dari Allah... supaya berbanyak bersabar.

Penat dan letih juga perjalanan ke sana bergerak dari LUMUT jam 9 pagi sampai di sana jam 12 tgh . ingatkan dapat rehat atau tidur sekejap di Malim Prima ... Emmmm rupa-rupanya Jenggg jenggg jengg... Suspen je.... kami terpaksa merayap kesana kemari nak mencari tempat berteduh seketika. Tapi bersyukur sgt2 masih ada insan yg prihatin dengan kami... hehhe

ketibaan pengantin perempuan di sambut dengan paluan kompang oleh pihak pengantin lelaki... kami dari pihak pengantin perempuan pula berbalas dengan Mercun Bola... hahhaha apa lagi haru birulah suasana... yang melatah dan pelbagai dapat di lihat menaikan seri majlis persandingan tersebut. hahhaha ( tak tahan nak ketawa) hilang sekejap penat mencari tempat berteduh tadi... apabila di hiburkan suasana ceria macam ni.

yang tak tahan tu siap melatah duduk bagun di tangga rumahnya... hehehe :) hebat makcik tu... mungkin dia penat lepas melatah tue... gambarnya tak dapat nak di rakamkan sebab aku tak tahan nak gelak..adoiiiii kesian makcik.. ya ampun... ni lah gelagat apabila musim kenduri kendara.

setelah di sandingkan di pelamin pengantin di arahkan makan beradab plak... ishhh banyak benor urusan bila kawin nie... rasa nak tergolek-golek ikut rentak orang yg menyuruh tu... ishhh pening... nak tak nak kena ikut juga ler...

selesai makan kedua-dua pengantin bersalam-salaman dengan saudara mara antara rombongan pengantin perempuan dan sanak saudara pengantin lelaki.. suasana beginilah memang di anjurkan dalam agama supaya lebih mesra dan berkenal-kenalan.. antara satu sama lain selesai semua kami bergerak meninggalkan kampung tersebut dengan pergi ke bandar Tanjung Malim, untuk membeli apa yang ada jika murah... malangnya apa pon tak ada nak beli apa pon tak tau.. so jalan-jalan ronda je la setakat yang aku tahu...

banyak kenangan serta memori di tanjung malim ni.. nak tak nak terpaksa dibiarkan memori tu di arkibkan di fikiran dan sanubariku.. huhuhuh sedih , gembira, suka, duka & indah semuanya ada... semua tu pinjaman Allah buat hambanya... agar merasai semua itu dengan penuh kestabilan di hati... heehhe ( ayat apa ni)

dalam perjalanan balik kami singgah di kedai jual popia basah dan goreng di Batu 10 Lekir, sedap juga rasnya ramai yg berhenti beli... sempatlah rehatkan badan di situ sambil menelifon sesorang bertanya khabar & apa yg terjadi dengan apa yang di rancangkan....

oklah pandang-pandang dan komen-komen la nanti apa yang di coretkan ok? sekian ketemu lagi nanti...

ini antara babak-babak gambar yang di rakamkan semasa majlis persandingan yg berlangsung.







No comments:

Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar