3 ~ Disember 2010 -Satu majlis Akad nikah seorang sahabat dan kenalan rapat aku mengakhiri zaman bujangnya telah berlangsung di rumah kediaman pasangan yang juga isterinya di Permatang Batu, Pulau Pinang, berlangsung dengan suasana aman harmoni. Bermulalah fasa episod baru kehidupan hidup berpasangan sebagai suami isteri. Mohd Khairani b. Mohd Yusop dan Farazimah bt Mohamad semoga kalian bahagia menempuh gerbang kebahagiaan sebagai suami isteri.
tatkala melihat sahabatku ini mendengar khutbah nikah dari kadi terlihat gelagatnya sebak menahan kesedihan dan sayu hati apabila merasakan diri terlalu kerdil untuk menangung satu tanggungjawab besar sebagai suami bagi melayari kapal rumahtangga bersama seorang isteri.
aku sebagai jurufoto yang tak bertauliah ini tersentuh untuk mengambil gambar tersebut kerana terlalu sayu untuk di rakamkan. Khairani cukup sensitif dalam bab menilai diri sendiri... bagi aku dialah seorang sahabat yang banyak membantu aku dalam apa jua perkara sama ada susah dan senang kehidupan aku di dunia ini.
banyak kenangan bersama dia semasa membujang bersama... mungkin inilah di katakan pengalaman yang cukup berharga untuk di kenang. apa apa pun kini semuanya telah selamat . aku mendoakan Khai dan Fara akan sentiasa sabar dalam menempuh hidup baru.
SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABATKU DUNIA & AKHIRAT