;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Wednesday, April 6, 2011

Mesyuarat UMNO


2 Feb yang lalu penduduk Kampung Padang Tembak telah turun beramai ramai melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli dan pemerhati UMNO. banyak agenda dan aktiviti yang akan di rancang di dalam kampung untuk di laksanakan sepanjang tahun 2011.


Monday, April 4, 2011

Tahniah Rabbani

Persembahan Malam sinar Maulidurrasul 143oH di stadium Malawati Shah Alam

Kenangan Rabbani bersama Allahyarham Ustaz Asri menerima ABPH 2008 dan anugerah ERA 2008.

ABPH 2010 mlm td telah melabuhkan tirainya dengan kenangan yang mungkin tak boleh di lupakan oleh sesiapa yang menontonnya.... Sekali Lagi Rabbani mengungguli Trofi bintang Popular selama 10 Tahun. Begitulah perjuangan Rabbani selama ini menampakkan hasil yang benar benar tulen, biarpun macam macam kritikan dan halangan yang di terima oleh Rabbani terus bangkit dan meneruskan langkah untuk mencari keredhaan Allah.

Tahniah dan syabas kepada kumpulan Nasyid yang tercalon Raihan, Hijjaz, Inteam & Mirwana kalian semua masih lagi hebat dan punyai peminat yang tersendiri. teruskan berusaha mencapai apa yang di inginkan dan di hajati selama ini.

Kepada Rabbani teruskanlah langkah demi langkah demi mendaulatkan Kalimah Allah di muka bumi ini. slogan ini kalian pernah war warkan di setiap kaset yang di edarkan semasa zaman Nadamurni lagi jadi jangan kalian undurkan dan padamkan dari sanubari kalian. Inilah hasilnya...

kemerduan suara Zul pengganti Allahyarham Ustaz Asri di dalam kumpulan Rabbani masih di anggap baru tetapi mempunyai Aura yang mirip kepada almarhum. di harapkan kebangkitan Rabbani pada Pentas dakwah yang kian mencabar ini jangan mudah patah semangat dan tewas sebelum berjuang. kami sentiasa mendoakan Rabbani terus cemerlang dan gemilang.

akhir sekali... tahniah dan syabas sekali lagi...

wassalam

Sunday, February 27, 2011

Corat Coret lalu









gambar-gambar kenangan sewaktu program Baktisiswa UiTM Seri Iskandar ke Kampung Padang Tembak, pelbagai aktiviti & program di jalankan bersama masyarakat kampung bagi menyemarakkan rasa hormat menghormati dan tolong menolong satu sama lain. semua peringkat umur terlibat menjayakan program ini.

Wednesday, December 8, 2010

Selamat Pengantin Baru

3 ~ Disember 2010 -Satu majlis Akad nikah seorang sahabat dan kenalan rapat aku mengakhiri zaman bujangnya telah berlangsung di rumah kediaman pasangan yang juga isterinya di Permatang Batu, Pulau Pinang, berlangsung dengan suasana aman harmoni. Bermulalah fasa episod baru kehidupan hidup berpasangan sebagai suami isteri. Mohd Khairani b. Mohd Yusop dan Farazimah bt Mohamad semoga kalian bahagia menempuh gerbang kebahagiaan sebagai suami isteri.

tatkala melihat sahabatku ini mendengar khutbah nikah dari kadi terlihat gelagatnya sebak menahan kesedihan dan sayu hati apabila merasakan diri terlalu kerdil untuk menangung satu tanggungjawab besar sebagai suami bagi melayari kapal rumahtangga bersama seorang isteri.

aku sebagai jurufoto yang tak bertauliah ini tersentuh untuk mengambil gambar tersebut kerana terlalu sayu untuk di rakamkan. Khairani cukup sensitif dalam bab menilai diri sendiri... bagi aku dialah seorang sahabat yang banyak membantu aku dalam apa jua perkara sama ada susah dan senang kehidupan aku di dunia ini.

banyak kenangan bersama dia semasa membujang bersama... mungkin inilah di katakan pengalaman yang cukup berharga untuk di kenang. apa apa pun kini semuanya telah selamat . aku mendoakan Khai dan Fara akan sentiasa sabar dalam menempuh hidup baru.

SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABATKU DUNIA & AKHIRAT
MOHD KHAIRANI MOHD YUSOP.









Tuesday, August 17, 2010

Wuduk

Wudhu' @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

Sembahyang-sembahyang sunat.
Thawaf di Baitullah.
Menyembahyangkan mayat.
Sujud tilawah atau sujud syukur.
Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.


Syarat-syarat Wudhu'
Syarat sah wudhu' itu ada enam:-

Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatu di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.



Rukun-rukun wudhu'

Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAHBERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-



"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala".Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

NIAT & BASUH SELURUH MUKADARI TELINGA KIRI-KANAN



2. MEMBASUH MUKA
, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

HUJUNG JARI HINGGA SIKUMULAKAN TANGAN KANAN/KIRI



3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU
, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

MENYAPU AIR KE KEPALAMENCUCI KEDUA TELINGA



4. MENYAPU AIR KE KEPALA
, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKIMULAKAN KAKI KANAN/KIRI


5. MEMBASUH KEDUA KAKI
, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'


Sunat-sunat wudhu'
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-

Menghadap ke arah Kiblat.
Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.


Perkara yang membatalkan wudhu'.
Enam perkara membatalkan wudhu':-

Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
Murtad.


Perkara yang sunat untuk berwudhu'.

Sehabis keluar darah dari hidung.
Sesudah mengantuk.
Hendak berjalan jauh.
Sehabis ketawa berbahak-bahak.
Ragu-ragu dalam berwudhu'.
Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
Ziarah ke kubur.
Memegang atau memikul mayat.
Jika dalam keadaan marah.

Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar