;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Thursday, August 13, 2009

PERGI TAK KEMBALI ( USTAZ ASRI ) RABBANI


Assalammualaikum semua ...

pasti semua dah mengetahui akan berita yang mengejutkan ini, pasti terpaku dan terdiam bila mendengar khabaran ini. "Ustaz Asri Rabbani telah pergi buat selama lamanya " itulah sistem pesanan Ringkas (SMS) yang aku terima dari seorang kawan pada jam 11.15pagi ... Ya Allah... besar sungguh Ujian yang di berikan kepada aku kali ini , kesedihan bagai tak dapat di bendung lagi... bergugur airmata bila mana teringatkan pesanan pesanan yang pernah beliau berikan ketika aku berada di saat getir menghadapi masalah .


Pyan(saujana) saya , Azadan, Arwah Ust.Asri, Jimy & Khai ( sahabat baik saya)

beliau banyak memberi doa doa apabila menghadapi sesuatu musibah... selalunya aku pasti akan bertanyakan khabar beliau di awal awal pagi atau sebelah petang ketika agak santai untuk berbalas sms. selalunya beliau akan membalas sesuatu akhirnya dengan " Ameen".


Ustaz Asri yang saya kenali adalah insan yang begitu Unik dan berpribadi Murni , baik hati, murah dengan senyuman, serta macam macam lagi yang tak tercoret di sini. pernah satu tika dulu saya bermimpikan Ustaz asri akan menerima anugerah "Datuk " lalu menalifonnya dan memberitahu beliau, dengan rendah diri beliau berkata tak adalah sampai ke tahap tu... kalau ada tu Ameen... begitulah gambaran peribadi diri Ustaz Asri.

Mengenali Ustaz Asri dari zaman Nadamurni lagi walaupun mengenali melalui kaset dan CD akhirnya di makbulkan Allah kami bertemu juga di satu Konsert Ambang Merdeka di perak pada tahun 2001 tak lama dulu. di situlah saya dapat mengenali Ustaz Asri dengan lebih dekat sehinggalah akhir Konsert Antara Dunia 2009.

ini adalah Gambar MMS yang Ustaz Asri kirimkan kepada saya

Akhir Konsert Antara Dunia lalu agak lewat malam saya berSMS lagi dengan ustaz bertanyakan apa perasaan ustaz bila show tadi katanya " inilah kali terakhir ana nak beraksi macam tu" merujuk pada persembahan menyanyi sambil duduk dengan lagu " MUNAJAT" ana memang betul betul berserah pada Allah diri ini... supaya hati ana berubah itulah antara kata kata akhir melalui pesanan sms yang di kirimkan kepada saya. saya tak mengesyaki apa apa yang bakal berlaku...

Tetapi bila mendapat khabar ini pagi tadi semua ini berkisar kembali segar dalam fikiran saya. Ya Allah sungguh tak di sangka semua berlaku dalam sekelip mata. Kepada semua Anggota Rabbani supaya bersabar dan redha dengan ketentuan yang Allah aturkan untuk kita, mudah mudahan Allah meletakkan Arwah di kalangan insan insan yang beriman dan syuhada'


Makan malam bersama di dataran ipoh,perak 2008

Pengorbanan Ustaz Asri sungguh besar dalam industri Dakwah melalui hiburan Nasyid di Malaysia ini,Malah dunia turut mengenali beliau . tetapi agak malang dan kecewa hati ini kerana setiap persembahan yang Rabbani & beliau persembahkan tidak ada mata yang membuka untuk menghargai sumbangan mereka ini, terutamanya apabila tibanya musim sambutan majlis Maulidurrasul atau Maal Hijrah satu kumpulan Nasyid pun tidak di panggil ke atas pentas untuk menerima apa apa anugerah yang boleh di kategorikan memartabatkan Islam.

apa apa pun beliau telah pergi dan tak akan kembali lagi.. sama samalah kita meyedekahkan Al-Fatihah buat arwah , dan kepada ahli keluarganya di harap dapat bersabar dengan dugaan yang di terima mudah mudahan Allah memberikan kekuatan kesabaran buat keluarga dan Ahli kumpulan Rabbani. Ameen



"KAMI AKAN SENTIASA MERINDUIMU"

"AL FATIHAH"


semasa show maal hijrah di Ipoh

ketika merasmikan Pejabat TNB di Pulau Pinang


Semasa mendoakan buat Saudara Azadan semasa menyambut hari ulangtahun pada tahun lepas


ketika mengadakan persembahan di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Tanjung Malim(4/2009)

Tuesday, August 11, 2009

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52 TAHUN

Malaysia negara tercinta, tempat tumpah darah kita
Tempat dilahirkan, tempat dibesarkan
Tempat menerima bermacam-macam nikmat Tuhan
Ia perlu dijaga, perlu dimajukan, perlu dibangunkan
Jangan dibiarkan ia ternoda, jangan dibiarkan ia dirosakkan
Malaysia negara kita, kitalah yang menjaganya
Cintailah Malaysia, macam mencintai diri kita
Sumbangkanlah apa yang ada untuk negara Malaysia
Agar ia tetap berdaulat, dihormati sepanjang masa
Pagarlah Malaysia dengan iman, teguhkan iman dengan taqwa
Semarakkanlah dengan amal bakti, indahkanlah dengan akhlak dan harmoni
Bersatu padulah kita menegakkan amar makruf nahi mungkar
Bertolak ansurlah kita di sekitar yang tidak merosakkan
Malaysia kenalah jaga, inilah satu-satunya negara kita
Keselamatan hendaknya biarlah berlaku sepanjang masa
Gejala-gejala sosial hendaklah dibanteras di mana sahaja
Agar kehidupan kita bersama tidak terganggu dan tergugat
Ayuh, marilah kita bersama berbakti kepada ibu pertiwi
Menyumbang apa saja yang ada demi kedaulatannya
Jangan buang masa, jangan bertangguh-tangguh lagi
Paling-paling tidak kita doakan agar kedaulatannya kekal abadi..

Sunday, August 9, 2009

Selamat Bertunang.....

Salam Keceriaan buat semua...

semalam satu hari suntuk berjalan sakan menghadiri Majlis Doa Kesyukuran di Ipoh dan kenduri Tunang Besan Keluarga di Tapah , agak memenatkan jugalah Drive kete... Majlis Tahlil agak meriah gaklah dengan kehadiran penduduk Taman sebelum solat zohor di Ipoh, selesai makan kami semua bergerak pula ke Tapah. Sempatlah singgah ke Tesco Extra membeli keperluan dan Kek sempena Majlis tersebut. ( Lupa nk ambik gambar kek tu)

Majlis pertunangan dia adakan agakl ringkas tapi meriah. perbincangan di mulakan dengan sesi kenal mengenal dan hajat kedatangan rombongan pihak lelaki. Agar lancar serta memudahkan cara juga cara bertunang adat melayu perak ni.. ewah ewah hehhehe. Begitulah Syariat Islam menganjurkan pertemuan yang boleh membawa Rahmat dalam majlis yang di galakkan bila bertemu dan berpisah kerana Allah.

Setelah selesai sesi perbincangan penetapan Hagra dari pihak perempuan serta serba serbi yang perlu oleh kedua dua pihak oleh pemudah cara majlis , akhirnya keluarlah kata sepakat apa yang perlu bagi memudahkan tuntutan Agama kepada dua dua bakal pengantin .

apa yang perlu majlis dapat di jalankan seperti yang di jadualkan . sesungguhnya Manusia hanya merancang, Allah jualah yang menentukan segala galanya. mudah mudahan semua akan berjalan lancar.

Selamat Bertunang... kepada sesiapa yang baru dan bakal bertunang nanti hehehhe ... sekian sahaja....insya Allah jika ada umur yang panjang kita akan berbicara lagi ...

* Thanks Bro K

Wassalam




Friday, August 7, 2009

Suasana Kampung Damai & Bahagia

Salam & selamat Pagi semua...

Pagi ini sungguh nyaman dan damai, di harap kalian semua juga ceria seceria pagi yang indah dan damai ini.

Dah la malam tadi mata tak boleh di lelapkan , pusing kanan dan kiri masih juga tak boleh tidur. . Hampir jam 5 pagi masih belum boleh tidur walau pun sekejap entah lah apa yang masih di fikirkan.

Jam menunjukkan masuk waktu subuh aku pon bangun dan mandi seperti biasa dan solat subuh. Selesai segalanya aku mula mengemas bilik dan buat kerja kerja yang sepatutnya di luar rumah . sempatlah juga capai kamera digital merakamkan suasana pagi di dalam kampung ni.

ermmmm alangkah indah dan bahagia jika suasana sebegini terus di kekalkan. Pembangunan cukup sekadar keperluan bukan berlebih lebihan agar tak ada pembaziran dan menyakitkan mata memandang.

Yang penting sekarang adalah pembagunan diri dan insan , bukan lagi pembangunan prasarana yang tak adakalanya kurang faedahnya. Masyarakat dahagakan nilai nilai bersama dalam hidup kasih sayang, pemuafakatan, kijiranan dan pelbagai lagi contoh contoh kehidupan masyarakt kampung zaman dulu.

Jangan kita berpolitik sampai naik menyampah mendengarnya setiap hari ada sahaja berita pasal politik. Sudah sudahlah berpolitik tak sampai ke mana pun. Akhirnya merugikan semua rakyat dan negara. berpalinglah di kiri dan kanan lihatlah riealitie hari ini ke mana kita nak tuju?? jangan gadaikan masa depan negara dan masyara kat ke kancah yang menghancurkan. yang sudah tu sudahlah terima ajerlah apa yang di takdirkan Allah.

apa ler yang aku merepek ari ni kan ?? hehhe entah ler saje je nak taip. oklah semua maaf jika ada yang tersinggung dan yang terasa. semua ini untuk nilaian kita bersama agar yang baik kita sebar sebarkan yang buruk kita perbaiki mudah mudahan bumi Allah ini Aman Harmoni.

Sekian Wassalam


Thursday, August 6, 2009

Jiwa Terusik Kembali

Salam Nisfu Syabaan kepada semua....







Ya Allah.... sekali lagi jiwa aku rasa terusik dan kembali tersentuh bila mana saat kebahagiaan jiwa di rentap dan di sentap... hilang kembali arah yang aku susuri... mengapa ini semua berlaku..
bila kita Ikhlas inikah balasan nya.. uhuuhh hati begitu pedih sedih dan hiba bila ini berlaku. Tahap kesabaran ada batasnya tahap kekuatan adakalanya akan lemah begitulah sebaliknya. apakah daya yang ada lagi jika berterusan sebegini.

Kepada seorang sahabat yang aku anggap dialah yang terbaik selama ini sungguh aku tak menyangka semua ini berlaku. Aku sudah sedaya upaya memperbaiki dan melindungi setiap penjuru hubungan agar terus berdiri utuh tapi keruntuhan tetap juga menjadi perjuanganmu..




Ya Allah hati ini menangis, merintih & pedih terhiris..bagai di tembusi peluru yang laju dan tajam menikam. hahuhuhuhuh kepadaMu aku merayu Ya Allah kuatkan kembali semangatku dan Iman ku ini untuk memperbaiki akan kelemahan diri. Kesenangan yang datang tak akan selamanya dan begitulah sebaliknya.

aku mengharapkan sebuah perhubungan ini terus berdiri berpanjangan dengan rahmat dan izin Allah. walaupun ia telah berlalu inilah ujian yang Allah mahu mentarbiahkan hambanya supaya mengambil iktibar dan nikmat dari apa yang berlaku.




sama-samlah kita berdoa agar ada jalan yang membahagiakan kepada semua...


Salam Nisfu Syabaan...


Tuesday, August 4, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....





Kedatangan Ramadhan Hampir dengan kita... sungguh rasa terharu dan hiba bila mengenangkan kedatangannya bukan kerana akan berlapar tetapi mengimbau kenangan zaman kanak kanak dulu bila bulan puasalah masa yang paling mengembirakan.. nak patah balik ke zaman tu tak mungkin berlaku... hehhe

nak di ceritakan masa zaman tu la juga membuatkan kita terkenang kepada orang yang kita sayang pergi menghadap Allah, tak dapat nak berbuka bersama dan bertarawikh bersama sama. masa zaman aku dulu tarawikh memang tak pernah nak tinggal. sebab ada tadarus Al-Quran lepas abis solat Tarawikh.

member member yang lain ada tugas bentara membasuh pinggan magkuk untuk moree berbuka tadi... wah syok nyer zaman tu.. dapat duit plak tu ... padahal niat di hati bukan nak kan duit atau habuan tu sekadar ikhlas nak membantu orang orang surau. tapi bila orang surau dah hulur tak kan kita nak biarkan kenalah gak ambik... betul tak?? hehhe

duit tu tak kemana sebab kumpulan aku memang tak merokok , cuma berhabis main mercun tak habis habis.. ermmm yerlah masa tu mana ada handphone nak top up top up ni... gi surau pun naik basikal jer. mana ada motor macam sekarang ni. anak di manja manjakan ngan harta motor lah kereta lah pastu bukan nak dengar cakap mak bapak melawan cakap lagi adalah... hurmmmm tak sama dengan zaman dulu...

nak taruh gambar dalam ni pon tak leh sebab dulu tak ada kamera digital hehhe kalau tidak memang mengibaulah punya... hehehhe kami suka mengusik orang kampung dengan "hantu pocong" hehhe memang real punyalah... kalau buat filem gerenti panggung penuh pecah le... hahhhahah

mana tak nye siap ada bau kemiyan & asap daun daun . memang seram la sape yang lalu kawasan tu hahhaha kami mulakan operasi menyakat tepat jam 12 malam bermula di tanah perkuburan hehheheh seram kan dengar... ermm tapi nak takut apa bulan puasa... hahahha

di situlah kami bakar kemiyan dan asap asap dari daun daun kering pokok yang ada..... nak di ceritakan satu malam tu ada sebuah teksi nak lalu kawasan tu terpaksa patah balik dengan mengunakan gear 1 agaknya sampai naik semput kereta tue dah la kete lama al maklumlah bunyi bukan main kuat tekan minyak nak pecut ... ya Allah.... kesian hehhhe

kemudian sebe;lah malam kemudiannya pulak... sepasang suami isteri naik motor baru balik pasar malam agaknya naik motor honda kapcai c50 punyalah slow jer orang belari agaknya sampai dulu hehhe member member memang dah standby tepi jalan dengan serba putih pocong nie, agak tengah rancak berbual gamaknya atas motor tetiba mungkin mereka berdua nampak kelibat pocong buatan ni terus diam, si Isteri siap bagitau dengan suara terketar ketar pada suaminya " abang ada hantu kat belakang nie" suaminya plak boleh jawab " buat je tak nampak "
hahahhahaha kelakar betul pakcik makcik tue hehhehhe last last last suaminya plak bagitau isterinya kat depan abang ni pon ada hantu hahhhahhaha

begitulah ragam kami dulu masa kat kampung.. bermalam pulak kat surau.. siap orang kampung boleh tanya korang tak takut ke tidor kat surau orang bising bising pasal hantu korang biasa je .Orang kampung memang tak syak kami sebab muka kami semua baik baik hahhaha....

lepas tu barulah nampak kemasyarakatan orang kampung meriah datang surau semakin ramai nak tahu perkembangan pasal hantu kat kampung kenduri moree makin bertambah tambah orang kasi sedekah hehhehe nilah penangannya bila jadi huru hara pasal hantu kat kampung. nak tak nak semua ini ada kebaikan yang tersirat. lagi pun kami dah pakat ngan Pak Imam agar tak bagitau pada semua hehhehe

4 tahun berturut turut cerita ni tak ada siapa pon tahu sehinggalah umur makin meningkat ni hanya menjadi memori indah yang tak boleh di lupakan masa bulan puasa. bila member member lama balik kampung cerita ini pasti mengimbau kenangan ... hehhehe

yang mana tahu citer ini akan ketawa terbahak bahak kalau yang tak tahu tu jadi blur sekejap.. sebab mungkin tak masuk masyarakat kampung ermmm apa apa pon semua tu kenangan Indah

Selamat Menyambut kedatangan Bulan Ramadhan , Mudah mudahan Ramadhan kali ini memberikan kita lebih kekuatan IMAN serta mengukuhkan Ukhuwah kita sesama kita.



Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar