;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Friday, June 26, 2009

DOA





DOA SELAMAT


Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.






Thursday, June 25, 2009

Jalan Bahagia......Bila Nur Melimpah di Hati


Salam buat semua... hari ini Alhamdulillah segalanya berjalan lancar cuma tadi gi jumpa doktor, doktor kata Stress tekanan darah agak rendah mencapai tahap kritikal kalau lambat bleh dpt stroke... entah ler semua ni asam garam kehidupan... apa yg kita dapat tu adalah ujian dari Allah supaya kita terima dengan redha dan sabar... Sabar adalah tunjang kekuatan yang ada dalam diri kita...semua ni cabaran buat diri... ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.... doktor bagi rehat 1 minggu pada mulanya tapi aku ambik satu hari jer... doktor plak mcm tak puas hati... hehhe aku meyakinkan doktor semua akan ok selepas satu hari ni insya allah...

Setiap ujian yg Allah berikan kepada kita adalah untuk kita mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Mengetahui.... rasa insaf bila semua musibah yang di berikan ini tanda Allah masih prihatin pada hambanya yg daif ini.

terima kasih juga kepada sesiapa yang banyak bagi nasihat dan kata-kata semangat sepanjang kemurungan saya tempoh hari... kepada Along ( bkn nama sebenar ) Back To Basic Thanks a Lot atas semuanya apa-apa pon kita tetap apa yg di janjikan terima kasih gak sebab bg peluang kedua ... dan kepada Acik ( bkn nama sebenar) terima kasih banyak kali call tanya khabar ... & kepada Achik Junior ( gelaran bkn nama sebenar juga) hehhe study hard work smart... cinta-cinta gak tp jgn alpa & leka dengan apa yg kita kecapi hari ini. Tak lupa gak kepada Ustaz Asri & Bro Azadan ( Rabbani ) banyak bagi doa2 bagi melegakan fikiran yg berserabut ni.

apa-apa pun Syukur yang tak terhingga ini kepada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang yang ada ini bagi menginsafi diri menuju ke jalan yang lebih bahagia... insya Allah semua yg di beri dan di bekalkan adalah HaqMu.

kini aku megharapkan keceriaan menyingkap susana kembali seperti biasa

Ameen Ya Rabbal Alami'en....



Wednesday, June 24, 2009

TENSION !!!! MARAH !!!! GERAM & HATI YANG BERKECAMUK......!!!!!

Bulan ni dan minggu ni aku sungguh keliru dan tension tak tau la kenapa bleh jadi mcm nie puas pujuk hati supaya kembali kepada natural... tapi gagal... semua ini ada hikmah yang tersembunyi... arghhhh tension kadang-kadang tu bila fikir semua nie.. kenapa boleh jadi macam ni pon tak tau la... bila di fikir-fikirkan balik macam orang bodoh pon ada ... tapi kalau tak buat macam ni jadi lain pulak.... arhhh timbul plak rasa geram.... bila geram lebih-lebih plak orang akan meluat tengok tingkah laku kita plak....bila dok diam plak nanti orang kata kita dayus pengecut dan memang salah kita... macam-macam tu lah susahnya nak menyenangkan hati dan pandangan orang lain.... tapi derita hati sendiri tak siapa ambik peduli... kenalah tanggung sendiri... hati mula berkecamuk tak tentu arah... sakit kepala pon datang menjengah seluruh badan jadi lesu...

" Ya Allah... bantulah HambuMu ini agar dapat menempuh segala ujian yang Engkau berikan, sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang kerdil lagi daif untuk melawan kekuasaanMu... berikanlah kekuatan untuk aku menempuh segala rintangan yang mendatang...
Ameen Ya Rabbal A'lamien......


kenangan abadie mengusik memori...

jumpa lagi nanti.... doakan yg terbaik buat semua... yang baik kita sebar-sebarkanlah yang sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman Harmoni....

Saturday, June 20, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Bermula dari 10hb June 2009 ambik cuti sampai 15hb June.... cuti di habiskan dengan berjalan ke Selangor , Melaka & Johor . bersama 3 buah kete berkunjung ke rumah sedara mara sekitar negeri-negeri berkenaan. nak kata best tu best gak la tp penat drive sorang-sorang masa banyak di habiskan dalam kete. gambar-gambar kenangan tak banyak di rakamkan....

Thursday, June 4, 2009

BAKTISISWA UUM


TEMPAT : KAMPUNG PADANG TEMBAK & KAMPUNG TELUK MURUK , LUMUT. PERAK


TARIKH & MASA : 20 JANUARI 2009 - 23 JANUARI 2009



LAGU TEMA : BILA NUR MELIMPAH DI HATI ( RABBANI )




Wednesday, June 3, 2009

BEKERJA UNTUK DUNIA VS BEKERJA UNTUK AKHIRAT



1. Mana lebih berat, sembahyang Subuh dua rakaat sekadar 20 minit hingga 30 minit, berbanding kerja lapan jam sehari kerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah. Namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang Subuh sekadar 20 hingga 30 minit tapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari lapan jam kerana mencari duit.



2. Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taala mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkathon berjam-jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberang sungai, menurun lurah kerana nama dan glamour. Susah lagi walkathon tapi mudah sahaja manusia boleh buat. Menolong kawan amat terasa berat.





3. Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepada orang yang disuruh oleh Allah Taala dengan hendak naik Gunung Kinabalu kerana nama dan glamour. Padahal tidak panjat Gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi orang lebih mampu memanjat gunung daripada memberi maaf yang diperintah.


4. Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang panjang pun, tidak pula terlalu jauh dan juga tidak meletihkan dibandingkan hendak pergi berkelah-kelah dan membuang-buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi sanggup pergi berkelah. Adakalanya sampai di rumah bergaduh pula dengan isteri kerana sakit hati dengan suami.


5. Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam. Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi.


6. Mana lebih berat, hendak berkhidmat dengan ibu ayah sekadar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagi makan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan hendak melayan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend berjam- jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orang nampak malu pula.Adakalanya dia tidak jujur pula, di belakang kita ada ‘pacaran’. Tentu lebih susah berkhidmat dan melayan pacaran daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggup berkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup berkhidmat dengan pacaran walaupun susah dan payah.


7. Mana lebih berat, hendak menderma kepada kelab-kelab hiburan dan mengarut, paling tidak seribu ringgit, kalau tidak jatuh status, dibandingkan dengan hendak menderma kepada fakir miskin setakat sepuluh dua puluh ringgit. Tentulah lebih berat menderma ke kelab-kelab hiburan dan mengarut itu daripada hendak bersedekah dengan fakir miskin sekadar sepuluh dua puluh ringgit. Namun berat hendak bersedekah, tapi boleh menderma seribu ringgit kerana nama. Adakalanya isteri dapat tahu, kena maki pula oleh isteri, namun demikian sanggup untuk berhadapan dengan risikonya.



8. Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membaca buku novel yang mengarut boleh sampai memakan masa berjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atau suami dan isteri. Mana lebih terkorban masa atau susah, daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 minit. Tentulah terkorban masa menonton filem mengarut atau membaca novel mengarut hingga boleh bergaduh daripada berzikir atau membaca Al Quran sekadar 30 minit. Namun orang sanggup menonton filem atau membaca novel daripada berzikir atau membaca Al Quran.


9. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambil meminum arak, terkorban masa, wang ringgit, bergaduh selepas itu dengan isteri hingga kucar-kacir rumah tangga, daripada menolong jiran yang susah hanya sekali-sekala yang boleh menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolong jiran lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat. Orang lebih sanggup berjudi, pergi disko dan minum arak hingga kucar-kacir rumah tangga, bergaduh dan berhutang.


10. Orang yang masuk penjara, kena bunuh, kena fitnah, kena tangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang, mana lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, membunuh, merogol, berzina, merompak, rasuah, memperjuangkan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan mencari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudah tentu yang disebabkan mencari rezeki halal dan kerana memperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan disebabkan melakukan kejahatan. Tapi kerana kejahatan atau dunia, manusia sanggup menerima risiko yang berat. Sedangkan kalau untuk kebaikan dan kebenaran, tidak sanggup melakukannya.



ikhsan - Gisb sdn.bhd

Wednesday, May 13, 2009

APA MANAFAAT DARI KRISIS ?????

Negara kita sedang dilanda krisis. Kian hari kian meruncing. Masyarakat berpecah-belah. Perpaduan dan kesefahaman sudah tidak ada. Demonstrasi selalu berlaku. Masyarakat sudah tidak bersatu. Sudah tidak boleh bekerjasama. Keamanan dan keselamatan tergugat. Rasa tidak puas hati di kalangan rakyat meluap-luap. Perselisihan pendapat dan perbezaan fahaman politik amat ketara.


Apabila ditanya kepada pihak-pihak tertentu tentang hal ini mereka berkata ini perkara biasa. Krisis itu membawa rahmat. Sayidina Ali k.w. dan Sayidina Muawiyah r.a. pun berkrisis. Apa sungguhkah ini benar? Sungguhkah krisis yang kita hadapi ini satu rahmat hingga boleh disamakan dengan krisis yang berlaku di antara Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah?Semasa mereka berkrisis, orang tetap berbondong-bondong masuk Islam.




Walaupun mereka berkrisis, Islam bertambah kuat dan tanah jajahan Islam semakin meluas dan berkembang. Ekonomi Islam semakin kukuh. Ibadah dan akhlak masyarakat Islam tetap baik dan terpelihara.Berbeza dengan krisis yang kita hadapi. Semakin berkrisis, semakin ramai orang Islam jadi murtad. Semakin berkrisis, ekonomi Islam semakin merosot dan kuasa ekonomi berpindah ke tangan orang lain. Huru-hara semakin banyak berlaku. Jenayah bertambah-tambah. Keamanan dan keselamatan negara tergugat. Moral dan akhlak muda mudi merosot.



Ibadah dan akhlak masyarakat rosak.Di mana rahmatnya? Di mana baiknya? Di mana untungnya? Yang jelas, krisis yang kita hadapi ini sangat merugikan dan merosakkan. Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah berkrisis dalam kebenaran. Nafsu mereka dan sifat-sifat mazmumah tidak berperanan. Kita berkrisis dalam kebatilan dan kemungkaran. Nafsu dan sifat-sifat mazmumah mereka kita bercakaran. Apa benarkah krisis yang kita hadapi ini satu rahmat? Atau apakah ia satu bala bencana yang Allah turunkan kepada kita kerana dosa, kemungkaran dan keangkuhan kita?Ini harus kita kaji dan teliti betul-betul.




Malanglah bangsa yang menganggap bala bencana itu sebagai rahmat tanpa melihat kepada dosa-dosa yang menyebabkan kemurkaan Tuhan dan tanpa bertaubat dari dosa-dosa tersebut
-Ikhsan GISB

Thursday, May 7, 2009

BERAPA LAMA KITA DI KUBUR???






Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet. Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin..

Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya. Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965" "Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya... "Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... " Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana .

Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910" "Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya.

"Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?" Ayahnya tersenyum, "Lalu?" "Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur?

Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya. Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek. Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur ....

Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata... Kalau Ia meninggal ... Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun? ’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi? Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya… ”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani. Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu.

Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya... "Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..." Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. ..

"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat"

Saturday, April 18, 2009

Tahniah






Segala puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T , Kerana dengan Rahmat Dan kasih sayangNya dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini, Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat dan Keluarga Baginda kerana dengan pengorbanan dan keberkatan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu, Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini... Ameen.


Alhamdulillah... Negara sekali lagi mencatat sejarah apabila pertukaran pemimpin Negara Nombor satu iaitu Perdana Menetri Malaysia berlaku dalam keadaan suasana aman sentosa dan Damai...


Mantan PM ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas seterusnya kepada Dato seri Hj. Najib b. Tun Hj.Abd.Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Alhamdulillah semua ini berlaku dalam suasana Harmoni dan aman...


Tahniah kepada Dato Seri Hj. Mohd Najib bin Tun Hj.Abd.Razak semoga Dato Seri menjadi PM yang baru ini akan mengubah dan merubah demensi rakyat Malaysia ke mercu kejayaan dan keunggulan.

BERKAT KASIH SAYANG

“Mamat, Mamat!” jerit Mak Mah.

Hampir lima atau enam kali Mak Mak memanggil nama Mamat tetapi Mamat tak muncul-muncul juga.“Mana pulaklah budak ni,” bisik hati Mak Mah.

Nampaknya Mak Mah terpaksa melakukan kerja-kerja di rumah sendirian. Mamat sudah hilang entah ke mana.Begitulah nasib Mak Mah. Suaminya baru sahaja meninggal dunia beberapa minggu lalu. Dia terpaksa mengharapkan anaknya Mamat untuk membantu kerja-kerjanya di rumah kerana dia sendiri tidak sihat.Di pinggir sebatang sungai di hujung kampung, Mamat membaling-baling batu yang baharu dipungutnya ke dalam sungai. “Ha, kali ini batu aku lagi jauh!” Mamat menjerit kepada kawannya, Samad.“Mana pulak! Batu yang aku baling tadi lagi jauh. Engkau salah tengoklah Mamat.”“Engkau ni asyik nak menang saja. Bila aku menang pun engkau tak mahu mengaku,” jawab Mamat pula.

Mamat dan Samad terus bertelagah sehinggalah kedua mereka hilang sabar. Seperti dirasuk syaitan, Mamat bergelut dengan Samad walhal perkara yang diselisihkan hanyalah soal yang sangat kecil sahaja. Mamat menarik baju Samad sehingga terkoyak, dan Samad pula membalas dengan menarik bag yang sedang disandang oleh Mamat. Beg itu lantas dicampaknya ke dalam sungai yang sedang deras mengalir.“Ya Allah, beg emak aku dah hanyut!” jerit Mamat.“Samad, tengok apa yang engkau dah buat ni.

Itu beg mak akulah. Ada duit dalam tu tau. Itulah duit untuk kami dua beranak nak makan seminggu ini. Kau kan tahu kami ni orang miskin. Sekarang apa yang kami nak makan?”“Ya ke? Manalah aku tahu. Itulah engkau cepat sangat panas baran. Yang engkau tarik baju aku hingga koyak tu apa pasal?”“Engkau yang tak berhati perut. Sekarang tengok apa dah jadi. Mesti mak aku marah nanti,” jawab Mamat tak mahu mengalah.Kebetulan, seorang nenek sedang berjalan di tepi sungai itu. Dia memerhatikan gelagat Mamat dan Samad sejak tadi lagi.

Nenek itu menghampiri mereka berdua untuk memberikan sedikit nasihat.“Nak, tak elok bergaduh macam ni. Bila kita bergaduh, bermakna kita tidak mendapat kasih sayang Tuhan. Bila Tuhan tak sayang, tentulah banyak masalah yang akan menimpa kita. Buktinya, baju anak yang ini dah koyak, anak yang ini pula sudah kehilangan bag milik maknya. Sudah tentu bila balik nanti, masing-masing akan dimarahi pula oleh emak masing-masing."" Sebaliknya, kalau kita berbaik-baik dan berkasih sayang dan tinggalkan pergaduhan dan pertelagahan, Tuhan juga akan sayang kepada kita. Bila Tuhan sayang, masalah kita akan selesai dengan mudah.

Mana satu jalan yang anak-anak nak pilih, jalan yang mudah atau jalan yang penuh masalah? ”Entah kenapa nasihat nenek itu sangat memberi kesan kepada Mamat. Sudah ramai orang yang memberi nasihat kepadanya tetapi ditolaknya begitu sahaja. Mungkin kerana wajah nenek itu yang begitu tenang, hati Mamat benar-benar tersentuh melihat ketenangan yang dimilikinya. Sangat berbeza daripada air mukanya sendiri yang bengis dan selalu berkerut.Fikiran Mamat mula menerawang.

Memang benar, hidupnya sangat banyak ditimpa masalah. Yang satu belum selesai, datang yang lain pula. Kerana itulah dia sering rasa tak tenang, rasa tak bahagia. Dan kerana itu jugalah dia suka merayau-rayau dan membuat kacau di sana sini.Setelah nenek itu pergi, Mamat pun berkata kepada Samad, “Samad, betul kata nenek itu kan. Rupa-rupanya sebab aku tak suka berkasih sayanglah, aku ni selalu dibenci orang. Hidup aku selalu ditimpa masalah. Sekarang aku nak berbaik-baik dengan engkau. Aku nak tengok betul tak nasihat nenek itu tadi.”Samad tercengang-cengang melihat perubahan Mamat. “Betul ke Mamat ni nak jadi baik?”Samad seperti tidak percaya. “Baguslah tu Mamat.

Aku pun minta maaf kepada engkau sebab aku dah campak bag emak engkau ke dalam sungai. Engkau cakaplah pada mak engkau yang itu adalah angkara aku.”“Tak, sebenarnya aku yang salah. Perbuatan engkau itu sebenarnya hukuman Tuhan kepada aku. Biarlah aku dimarahi emak aku.”Mamat pun balik ke rumah. Di sepanjang jalan, dia memikir-mikirkan dosa-dosa dan kesalahannya selama ini. Dia berazam untuk tidak mahu bertengkar lagi. Mamat terkejut apabila dia sampai ke rumahnya, emaknya tidak marah-marah kepadanya seperti biasa.Sebalinya, emaknya cuma tersenyum kepadanya. “Syukurlah engkau dah balik. Emak rasa bimbang tadi. Mula-mula emak marah tengok engkau tak ada, tetapi bila emak ke kebun dan ternampak bangkai seekor anjing yang dilanggar kereta, emak terus teringatkan engkau. Emak risau pasal engkau.”“Padanlah dia tak marah aku.

Betul cakap nenek tadi. Bila aku dah tak mahu bergaduh, cepat sahaja Tuhan bantu.”“Mamat, tolong ambil air di sungai tu,” jerit Mak Mah dari belakang rumah.Mamat terus bingkas dan mengambil dua biji balang untuk diisi air. Oleh kerana cuaca agak mendung, Mamat berjalan dengan pantas ke sungai tadi. Dia tidak mahu terperangkap dalam hujan lebat.Sebaik sahaja Mamat selesai mengisikan air ke dalam balang-balang air tadi, dia ternampak sesuatu yang tersekat di balik sebiji batu besar di tepi sungai. Mamat mendekatinya dan alangkah terperanjat dia! Benda itu ialah beg yang hanyut tadi. Dengan kuasa Tuhan, beg itu tersekat di batu itu.Mamat menangis terharu. Dia benar-benar merasakan kasih sayang Tuhan kepadanya. Memang benarlah kata-kata nenek itu tadi, Tuhan mengasihi hamba-hambanya yang cuba berkasih sayang dan meninggalkan pergaduhan dan persengketaan.

-GISB

Thursday, April 9, 2009

POLITIK YANG DI SALAHERTIKAN

Ramai sekali orang politik yang tidak berpolitik. Mereka ini mendapat untung dari jawatannya tetapi sedikit sekali mem­beri keuntungan kepada negara dan rakyat. Setengah-se­tengah mereka pula bukan saja tidak menguntungkan negara tetapi merugikan dan buat masalah yang besar-besar pada negara. Mereka menggugat perpaduan dan kasih sayang an­tara rakyat. Golongan ini bukan sahaja orang politik yang tidak berpolitik tetapi suka saya istilahkan sebagai orang po­litik yang jadi perosak dan pengacau negara. Tetapi malang sekali rakyat seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka. Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya .


Sebaliknya terdapat pula golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, eko­nomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, per­tanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hing­ga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka bagai­kan sebuah kerajaan. Namun mereka diselar sebagai golongan tidak berpolitik. Mereka dikatakan tidak berjuang dan ber­salah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pem­bangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik. Seolah-olah seorang yang dilihat menyangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabah­kah?


Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik se­kular Barat. Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Wa­laupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti. Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kita tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi.


ARKIB- GISB

Saturday, March 28, 2009

RASA KEHAMBAAN DAN RASA KEKHALIFAHAN

MALAYSIA TERUS CEMERLANG GEMILANG & TERBILANG


UMNO PARTI KERAMAT ORANG MELAYU MALAYSIA


PARTI ISLAM MALAYSIA (PAS)

UMNO





Petikan:

" Ada golongan yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah, tetapi hanya setakat tahu. Mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah "

Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah-Nya. Tugas atau peranan manusia di sisi Tuhan ada dua. Pertama, sebagai hamba Allah, dan kedua, sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Allah ada berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku." Mengabdikan diri di sini bermaksud memperhambakan diri iaitu membuat segala sesuatu hanya kerana Allah SWT.

Mengabdikan diri ada dua bentuk:

Pertama, sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan ibadah-ibadah yang berbentuk khususiah.

Kedua, sebagai khalifah perlu pula menunaikan ibadah-ibadah yang berbentuk umumiah.

Dalam ertikata yang lain, manusia perlu menegakkan dua fardhu iaitu sebagai hamba, dia perlu menegakkan fardhu ain dan sebagai khalifah pula dia perlu menegakkan fardhu kifayah. Allah ada juga berfirman: "Akan ditimpa kehinaan di mana sahaja kamu berada melainkan kamu menegakkan dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas)."

Boleh juga dikatakan bahawa sebagai hamba, manusia perlu menegakkan tamadun rohaniah dan sebagai khalifah, manusia perlu menegakkan tamadun lahiriah.

Dalam hendak menjadi hamba dan khalifah Allah ini, manusia terbahagi kepada berbagai tahap dan kategori, iaitu:

* Ada manusia yang langsung tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka itu adalah hamba dan khalifah Tuhan. Golongan ini ialah golongan kafir terutama golongan komunis yang menolak terus akan kewujudan Tuhan. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka suka di muka bumi ini dan mereka menggantikan tempat Tuhan dengan nafsu mereka sendiri. Allah berfirman di dalam Al Quran: "Tidakkah engkau lihat mereka yang mengangkat nafsu mereka sebagai Tuhan mereka."

* Ada golongan manusia yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah. Akan tetapi mereka hanya setakat tahu dan tidak lebih dari itu. Ilmu mereka tentang itu hanya bersemadi di akal fikiran mereka sahaja. Oleh yang demikian, mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Mereka adalah golongan awamul muslimin atau orang Islam biasa.

* Golongan yang seterusnya ialah manusia yang bukan sahaja setakat tahu tapi sudah mampu merasakan bahawa mereka itu hamba Allah sekaligus khalifah Allah di muka bumi ini. Disebabkan perkara tersebut telah meresap ke hati dan dapat dirasakan, maka golongan ini ada kekuatan dan lebih komited. Namun demikian kekuatan rasa-rasa ini berbeza-beza. Ada golongan yang rasa kehambaan dan kekhalifahan mereka itu biasa atau sederhana sahaja. Dengan itu mereka sedikit sebanyak dapat memperhambakan diri kepada Allah dan dapat pula bertanggung jawab sebagai khalifah Allah sesuai dengan kedudukan dan kemampuan mereka masing-masing. Inilah orang-orang soleh atau golongan Ashabul Yamin (golongan kanan).

* Ada golongan yang rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka lebih dalam dan lebih tajam. Justeru itu mereka lebih kuat dan lebih komited. Peranan mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah juga lebih besar dan lebih hebat kalau dibandingkan dengan orang-orang soleh. Mereka ini ialah orang-orang Muqarrobin (orang-orang yang hampir dengan Allah).

* Ada pula golongan yang tenggelam dalam rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka. Tidak ada lagi kepentingan yang lain bagi orang-orang yang seperti ini melainkan Allah semata-mata. Inilah golongan As Siddiqin (yang benar).

* Dalam pada itu ada pula golongan manusia yang rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka tidak seimbang. Ada yang rasa kehambaan mereka lebih menonjol. Dengan demikian mereka banyak terdorong untuk beribadah, berwirid, berzikir, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya. Peranan mereka sebagai khalifah kurang. Mereka ini ahli-ahli ibadah atau golongan abid.

* Ada pula manusia yang rasa kekhalifahan mereka pula lebih menonjol. Mereka ini banyak terdorong untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan dan kepimpinan selaras dengan syariat Tuhan. Ibadah mereka sederhana sahaja. Mereka ini golongan pemimpin yang baik.


Marilah kita sama-sama memupuk dan menajamkan rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan ini kerana rasa-rasa inilah yang menjadi kekuatan bagi kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai hamba dan sekaligus sebagai khalifah Allah. Setakat mana rasa-rasa ini dapat ditajamkan, maka setakat itulah dapat kita berperanan. Di dalam konteks yang sama, setakat mana kita dapat berperanan sebagai hamba dan sebagai khalifah, ia menjadi kayu ukur setakat mana sebenarnya tahap rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan yang ada di dalam hati kita.

- PUSTAKA iKHWAN

MASANYA TELAH TIBA BANGSA MELAYU BERSATU ! ORANG MUSLIM MELAYU BERPADU JANGAN KERANA RIAK & TAKABBUR YANG ADA DALAM DIRI MEMBUATKAN KITA SEBENARNYA TELAH MENURUT KATA-KATA SYAITAN. UMNO & PAS PERLU BERTAUT KEMBALI MENJADIKAN MALAYSIA GEMILANG.

BERSATU MENCARI TITIK PERSAMAAN



Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar