;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Wednesday, June 3, 2009

BEKERJA UNTUK DUNIA VS BEKERJA UNTUK AKHIRAT



1. Mana lebih berat, sembahyang Subuh dua rakaat sekadar 20 minit hingga 30 minit, berbanding kerja lapan jam sehari kerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah. Namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang Subuh sekadar 20 hingga 30 minit tapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari lapan jam kerana mencari duit.



2. Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taala mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkathon berjam-jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberang sungai, menurun lurah kerana nama dan glamour. Susah lagi walkathon tapi mudah sahaja manusia boleh buat. Menolong kawan amat terasa berat.





3. Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepada orang yang disuruh oleh Allah Taala dengan hendak naik Gunung Kinabalu kerana nama dan glamour. Padahal tidak panjat Gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi orang lebih mampu memanjat gunung daripada memberi maaf yang diperintah.


4. Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang panjang pun, tidak pula terlalu jauh dan juga tidak meletihkan dibandingkan hendak pergi berkelah-kelah dan membuang-buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi sanggup pergi berkelah. Adakalanya sampai di rumah bergaduh pula dengan isteri kerana sakit hati dengan suami.


5. Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam. Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi.


6. Mana lebih berat, hendak berkhidmat dengan ibu ayah sekadar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagi makan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan hendak melayan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend berjam- jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orang nampak malu pula.Adakalanya dia tidak jujur pula, di belakang kita ada ‘pacaran’. Tentu lebih susah berkhidmat dan melayan pacaran daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggup berkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup berkhidmat dengan pacaran walaupun susah dan payah.


7. Mana lebih berat, hendak menderma kepada kelab-kelab hiburan dan mengarut, paling tidak seribu ringgit, kalau tidak jatuh status, dibandingkan dengan hendak menderma kepada fakir miskin setakat sepuluh dua puluh ringgit. Tentulah lebih berat menderma ke kelab-kelab hiburan dan mengarut itu daripada hendak bersedekah dengan fakir miskin sekadar sepuluh dua puluh ringgit. Namun berat hendak bersedekah, tapi boleh menderma seribu ringgit kerana nama. Adakalanya isteri dapat tahu, kena maki pula oleh isteri, namun demikian sanggup untuk berhadapan dengan risikonya.



8. Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membaca buku novel yang mengarut boleh sampai memakan masa berjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atau suami dan isteri. Mana lebih terkorban masa atau susah, daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 minit. Tentulah terkorban masa menonton filem mengarut atau membaca novel mengarut hingga boleh bergaduh daripada berzikir atau membaca Al Quran sekadar 30 minit. Namun orang sanggup menonton filem atau membaca novel daripada berzikir atau membaca Al Quran.


9. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambil meminum arak, terkorban masa, wang ringgit, bergaduh selepas itu dengan isteri hingga kucar-kacir rumah tangga, daripada menolong jiran yang susah hanya sekali-sekala yang boleh menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolong jiran lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat. Orang lebih sanggup berjudi, pergi disko dan minum arak hingga kucar-kacir rumah tangga, bergaduh dan berhutang.


10. Orang yang masuk penjara, kena bunuh, kena fitnah, kena tangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang, mana lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, membunuh, merogol, berzina, merompak, rasuah, memperjuangkan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan mencari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudah tentu yang disebabkan mencari rezeki halal dan kerana memperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan disebabkan melakukan kejahatan. Tapi kerana kejahatan atau dunia, manusia sanggup menerima risiko yang berat. Sedangkan kalau untuk kebaikan dan kebenaran, tidak sanggup melakukannya.



ikhsan - Gisb sdn.bhd

No comments:

Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar