25 Julai ( Ahad )- Satu Program kembara bukit Ungku Busu telah dapat di jalankan dengan jayanya dengan di sertai oleh para belia Kampung Padang tembak dan dari luar daerah ini bagi mengisi masa lapang dengan beriadah mendaki bukit Ungku Busu, Program bermula pada jam 7 pagi ini di sertai seramai 75 Orang . Program bermula dengan Senam Tari dan bacaan doa sebelum bergerak mendaki pada ketinggian bukit 333 Meter . Peserta juga di bekalkan dengan Tuala kecil, air mineral, gula2 dan asam bagi mengelakkan dahaga dan muntah angin. Alhamdulillah peserta kembara selamat tiba di pucak pada jam 11pagi, dan turun kembali pada jam 12 tengahari. Sampai di kaki bukit kami di sambut oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar perak Tuan Rashidi Ishak sedang menunggu ketibaan kami semua. Semua peserta Program di hidangkan dengan makan tengahari ala ala kampung.
Semoga program seterusnya yang di rancang pada akan datang lebih mantap dan berkesan Insya Allah.
Pendaftaran peserta dan penyerahan Air Mineral, tuala dan asam
Mengaminkan Bacaan doa sebelum bermulanya Program pendakian
Generasi akan datang tak lupa menyertai program ini
salah satu cabaran yang perlu di harungi
salah satu babak yang pasti mengamit nostalgia buat semua pendaki bukit ungku busu
Makan tengahari turut diu sediakan
Setiausaha sulit MB Perak turut serta menyambut kepulangan kami
No comments:
Post a Comment