;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Monday, March 1, 2010

MALAM SINAR MAULIDURRASUL 1431H, PULAU WAN MAN TERENGGANU

Segala Puji pujian hanyalah layak bagi Allah...
selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad Sallalahualai'hiwassallam kerana dengan syafaat dan berkatnya dapat kita menikmati iman dan islam hingga ke hari ini.

pada 19hb Febuari yang lalu saya telah menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu kali ke 2 setelah 3 tahun menjejakkan kaki satu ketika dulu. dan pertama kali bagi menjejakkan kaki ke Pulau wan Man ( Masjid Kristal ).

Alhamdulillah perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang 6 jam melalui jalan Genting Highlands ke Kuala Terengganu bergerak dari jam 6.30 selepas solat subuh sampai di sana jam 12.30tgh. bagi mengadiri Program Malam sinar Maulidurrasul (MSM) 1431H anjuran Rabbani Productions Sdn.Bhd dengan kerjasama Penaja Utama TM (M) Sdn. Bhd dan badan badan korporat yang lain manakala TV3 Dan Radio IKIM.fm selaku Penyiar Rasmi bagi program MSM ini.

banyak kelainan pada konsert kali ini , terutamanya barisan artis yang menjayakan konsert tersebut antara artis yang memeriahkan malam tersebut ialah Datuk Sharifah Aini , Datuk Ustazah Norbai'yah , Jamal Abdillah , Yassin , Joe Flizzow dan Rabbani tidak ketinggalan kumpulan Saujana juga membuat persembahan pembukaan bagi majlis malam tersebut.

percikkan bunga apa sebagai simbol perasmian bermula menjadikan sembolik kemeriahan malam tersebut. tak dapat di ceritakan panjang lebar sepanjang konsert tersebut memang lain dari biasa.

walau apa pun tahniah kepada barisan bertindak pengerak konsert malam tersebut, ini di lihat langkah yang baik bagi barisan artis menyumbang sesuatu yang baik kepada masyarakat.

akhir kalam selawat dan salam buatmu Ya Rasullullah...

Salam Wassalam






keindahan Pulau Wan Man di waktu petang

kumpulan Saujana mengambil tempat sebelum konsert bermula dan di rasmikan

konsert mula di rasmikan

Rabbani memulakan persembahan dengan lagu dari album baru Mahabbah " Syahadah "

Saudara Zul pengganti Almarhum Ustaz Asri sebagai Vokalis Rabbani

Datuk Sharifah Aini mendendangkan lagu " Alhamdulillah " bersama kumpulan Rabbani

Yassin, Jamal Abdillah & Aishah menghiburkan penonton pada malam tersebut

Datuk Ustazah Norbaiyah dan Aishah Anggun dan jelita dengan Busana yang di reka sendiri

Syahdu dan hiba mendengarkan lagu " Kejora Sinar Zaman "di dedikasikan untuk Almarhum Ustaz Asri

Antara Pemuzik yang turut memberikan sumbangan

penutup konsert di perdengarkan pula doa yang meruntun jiwa ... dan Press Confrence

Tahniah kepada Rabbani dan terima Kasih Kepada TM atas keperihatinan Syarikat kepada masyarakat dengan saluran berhibur sambil berdakwah dalam misi Korporat TM
mudah mudahan Allah melipat gandakan Rezeki kepada TM.

Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar