;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Saturday, March 28, 2009

RASA KEHAMBAAN DAN RASA KEKHALIFAHAN

MALAYSIA TERUS CEMERLANG GEMILANG & TERBILANG


UMNO PARTI KERAMAT ORANG MELAYU MALAYSIA


PARTI ISLAM MALAYSIA (PAS)

UMNO





Petikan:

" Ada golongan yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah, tetapi hanya setakat tahu. Mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah "

Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah-Nya. Tugas atau peranan manusia di sisi Tuhan ada dua. Pertama, sebagai hamba Allah, dan kedua, sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Allah ada berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku." Mengabdikan diri di sini bermaksud memperhambakan diri iaitu membuat segala sesuatu hanya kerana Allah SWT.

Mengabdikan diri ada dua bentuk:

Pertama, sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan ibadah-ibadah yang berbentuk khususiah.

Kedua, sebagai khalifah perlu pula menunaikan ibadah-ibadah yang berbentuk umumiah.

Dalam ertikata yang lain, manusia perlu menegakkan dua fardhu iaitu sebagai hamba, dia perlu menegakkan fardhu ain dan sebagai khalifah pula dia perlu menegakkan fardhu kifayah. Allah ada juga berfirman: "Akan ditimpa kehinaan di mana sahaja kamu berada melainkan kamu menegakkan dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas)."

Boleh juga dikatakan bahawa sebagai hamba, manusia perlu menegakkan tamadun rohaniah dan sebagai khalifah, manusia perlu menegakkan tamadun lahiriah.

Dalam hendak menjadi hamba dan khalifah Allah ini, manusia terbahagi kepada berbagai tahap dan kategori, iaitu:

* Ada manusia yang langsung tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka itu adalah hamba dan khalifah Tuhan. Golongan ini ialah golongan kafir terutama golongan komunis yang menolak terus akan kewujudan Tuhan. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka suka di muka bumi ini dan mereka menggantikan tempat Tuhan dengan nafsu mereka sendiri. Allah berfirman di dalam Al Quran: "Tidakkah engkau lihat mereka yang mengangkat nafsu mereka sebagai Tuhan mereka."

* Ada golongan manusia yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah. Akan tetapi mereka hanya setakat tahu dan tidak lebih dari itu. Ilmu mereka tentang itu hanya bersemadi di akal fikiran mereka sahaja. Oleh yang demikian, mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Mereka adalah golongan awamul muslimin atau orang Islam biasa.

* Golongan yang seterusnya ialah manusia yang bukan sahaja setakat tahu tapi sudah mampu merasakan bahawa mereka itu hamba Allah sekaligus khalifah Allah di muka bumi ini. Disebabkan perkara tersebut telah meresap ke hati dan dapat dirasakan, maka golongan ini ada kekuatan dan lebih komited. Namun demikian kekuatan rasa-rasa ini berbeza-beza. Ada golongan yang rasa kehambaan dan kekhalifahan mereka itu biasa atau sederhana sahaja. Dengan itu mereka sedikit sebanyak dapat memperhambakan diri kepada Allah dan dapat pula bertanggung jawab sebagai khalifah Allah sesuai dengan kedudukan dan kemampuan mereka masing-masing. Inilah orang-orang soleh atau golongan Ashabul Yamin (golongan kanan).

* Ada golongan yang rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka lebih dalam dan lebih tajam. Justeru itu mereka lebih kuat dan lebih komited. Peranan mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah juga lebih besar dan lebih hebat kalau dibandingkan dengan orang-orang soleh. Mereka ini ialah orang-orang Muqarrobin (orang-orang yang hampir dengan Allah).

* Ada pula golongan yang tenggelam dalam rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka. Tidak ada lagi kepentingan yang lain bagi orang-orang yang seperti ini melainkan Allah semata-mata. Inilah golongan As Siddiqin (yang benar).

* Dalam pada itu ada pula golongan manusia yang rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka tidak seimbang. Ada yang rasa kehambaan mereka lebih menonjol. Dengan demikian mereka banyak terdorong untuk beribadah, berwirid, berzikir, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya. Peranan mereka sebagai khalifah kurang. Mereka ini ahli-ahli ibadah atau golongan abid.

* Ada pula manusia yang rasa kekhalifahan mereka pula lebih menonjol. Mereka ini banyak terdorong untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan dan kepimpinan selaras dengan syariat Tuhan. Ibadah mereka sederhana sahaja. Mereka ini golongan pemimpin yang baik.


Marilah kita sama-sama memupuk dan menajamkan rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan ini kerana rasa-rasa inilah yang menjadi kekuatan bagi kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai hamba dan sekaligus sebagai khalifah Allah. Setakat mana rasa-rasa ini dapat ditajamkan, maka setakat itulah dapat kita berperanan. Di dalam konteks yang sama, setakat mana kita dapat berperanan sebagai hamba dan sebagai khalifah, ia menjadi kayu ukur setakat mana sebenarnya tahap rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan yang ada di dalam hati kita.

- PUSTAKA iKHWAN

MASANYA TELAH TIBA BANGSA MELAYU BERSATU ! ORANG MUSLIM MELAYU BERPADU JANGAN KERANA RIAK & TAKABBUR YANG ADA DALAM DIRI MEMBUATKAN KITA SEBENARNYA TELAH MENURUT KATA-KATA SYAITAN. UMNO & PAS PERLU BERTAUT KEMBALI MENJADIKAN MALAYSIA GEMILANG.

BERSATU MENCARI TITIK PERSAMAAN



Thursday, March 26, 2009

KALAU ENGKAU MENGHADAP HIDANGAN



Kalau engkau mengadap hidangan
Fikirkanlah berapa ramai orang yang terlibat membuat jasa kepada engkau
Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan
Sedangkan mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang
Ada makanan dari jasa- jasa buruh kilang
Mereka miskin dan papa dari kita
Jika engkau berpakaian ingatlah berapa ramai pula orang yangmenyediakannya
Sedangkan gaji mereka tidak seberapa
Mereka melarat dan menderita

Di waktu engkau menaiki kenderaan yang yang mewah
Ingatlah berapa ramai buruh-buruh kasar yang menyiapkannya
Padahal mereka tidak pernah menaikinya
Engkau senang-senang menaikinya
Begitulah kalau setiap apa yang engkau makan dan apa yang engkau rasa
Engkau renung sejenak memikirkannya
Engkau akan insaf dan sedar

Berapa ramai orang yang telah berjasa kepada engkau
Engkau akan bertimbangrasa kepada mereka
Engkau akan belas kasihan kepada mereka yang miskin dan papa

Saturday, March 14, 2009

MOMORI SILAM YANG DI KENANG

Tiba-tiba terlihat gambar-gambar lama teringat kembali memori yang telah jauh di tinggalkan... tak mungkin sejarah kembali berulang...


MAHALNYA C.I.N.T.A

Kalau kita cintai Dia lebih besar lagi
kita terima redha dan keampunan-Nya,
Kita tidak payah jaga Dia, Dialah yang jaga kita,
Kita tidak payah tadbir Dia, Dialah yang mentadbir kita,
Kita tidak payah menjaga keselamatan-Nya,
Dialah yang menjaga keselamatan kita,
Bahkan di waktu kita tidur pun .
Dia jaga kita begitu setia,
Mengapa kita beri cinta murahan, yang menyusahkan kita,
Kitalah yang memberinya bukan dia memberi kita,
Macam-macam kita memberinya itu pun dia tidak setia,
Alangkah bodohnya kita bahkan malang sekalilah kita kerana ditipunya kita,
Di mana akal kita hingga tidak mampu berfikir secara rasional,
Marilah kita merubah sikap untuk menyelamatkan diri kita,
Kita cintailah Tuhan, yang Dia memberi kita segala-galanya hidup dan mati kita,
Cintakan Tuhan selamat kita ke Syurga.



Zaman berjinak-jinak dengan Nasyid. di mana aku masa tue.... heheh mana kawan-kawan seperjuangan sekalian? harap dapat bertemu di satu masa... insya Allah.


kawan-kawan lama dari IKBN Seri Iskandar.... masing-masing dengan kerjaya sibuk menguruskan masa depan agaknya...

dengan seorang Ustaz Penjaga Rumah Kasih Sayang Rufaqa' Rawang tahun 2001.
semasa pertandingan nasyid antara IPTA-IPTA Negeri Perak Peringkat Kebangsaan , masa ni demam apa pun perjuangan mesti di teruskan.
Sejarah tak mungkin berulang lagi... Hanya tinggal kenangan

Bersama SENARIO di Litar F1 sepang , hampi-hampir nak join tapi pakcik RELA tu tak kasi...

sewaktu menghadiri majlis perkahwinan Acik di Petaling Jaya. 2007 semoga Kekal hingga ke akhir Hayat

Semasa Konvo di Bukit Jalil, Tahun 2004 bersama Syed Faisal

Bersama Koperal Wahab ( Bersara ) semasa tugas Eskot org kenamaan 1st Time keje masa tu tahun 2002.

Thursday, March 12, 2009

BILA NUR MELIMPAH DI HATI


Bila Nur Melimpah Di Hati
Manusia Itu Bangun
Dari Alam Kegelapan
Ibarat Mata Yang Berseri


Menatapi Mentari Pagi
Yang Indah Dan Cerah Menerangi
Kerana Iman Dan Juga Islam
Telah Menjadi Keyakinan


Bila Quran Dan Sunnah Didaulatkan
Kitika Itu Jiwa Di Korbankan
Harta Kemewahan Dilaburkan
Demi Untuk Agama Kebenaran


Bila Nur Melimpah Di Hati
Manusia Itu Bangun
Dari Alam Kegelapan
Ibarat Mata Yang Berseri


Menatapi Mentari Pagi
Yang Indah Dan Cerah Menerangi
Kerana Iman Dan Juga Islam
Telah Menjadi Keyakinan


Bila Quran Dan Sunnah Didaulatkan
Kitika Itu Jiwa Di Korbankan
Harta Kemewahan Dilaburkan
Demi Untuk Agama Kebenaran

POLITIK ! POLITIK ! POLITIK!

Masyarakat kita dilanda keresahan. Bukan kecil atau besarnya isu, dan bukan juga ringan atau seriusnya sesuatu perkara, yang jelas adalah lebih kepada perasaan resah. Resah gelisah itu di zahirkan dalam bentuk demonstrasi. Tidak ada statistik dikeluarkan, namun kalau kita ingat dalam lima tahun terakhir ini amat banyak terjadinya demonstrasi terhadap berbagai isu. Kita memasuki tahun 2009 ini dengan hidangan lebih banyak demonstrasi.

Kalau sebelum ini demonstrasi lazimnya dikaitkan sebagai budaya Parti Pembangkang, penduduk setinggan, pekerja atau buruh dan pelajar IPT. Tetapi kini budaya demonstrasi sudah berjangkit dan merebak kepada semua lapisan masyarakat dari pemimpin hinggalah kepada rakyat.Mahu tidak mahu kita mesti mengakui bahawa kegelisahan masyarakat itu sudah tidak dapat dibendung. Undang-undang yang menghalang perhimpunan tanpa permit dan mengganggu ketenteraman awam sudah tidak dipedulikan. Ini kerana kegelisahan itu adalah sejenis perasaan. Perasaan kecewa, tidak puas hati, marah, geram, dendam, putus asa, apabila sampai ketahap tidak dapat dibendung, manusia sanggup berbuat dan bertindak diluar batas. Bahkan manusia sanggup hingga keperingkat menggadai nyawa samada nyawanya semdiri atau nyawa orang lain atau kedua-duanya sekali. Menggadai nyawa sendiri seperti membunuh diri. Menggadai nyawa orang lain seperti berperang. Menggadai kedua-duanya sekali seperti meletuplan diri ditempat musuh. Inilah diantara kesan luahan perasaan yang memuncak. Maka demonstrasi merupakan salah satu cara luahan perasaan sederhana.

Tetapi perlu diingat, kalau tidak diubati akan bertambah parah yang mungkin membawa akibat yang lebih teruk.Banyaknya berlaku demonstrasi adalah tanda rakyat lemah jiwa, tidak kuat untuk menahan perasaan dalam berhadapan dengan masaalah. Bagi bangsa yang lemah jiwa atau berjiwa kerdil, satu masaalah dirasakan seolah-olah sepuluh masalah. Kalau berhadapan dengan sepuluh masalah dirasakan seolah-olah seratus masalah. Betapalah kalau menanggung seratus masaalah, lebih-lebih lagilah mudah kecewa dan putus asa. Bangsa yang memiliki kekuatan jiwa atau berjiwa besar, seribu masalah dirasakan sebagai tiada masalah bahkan merasakan mendapat keuntungan dari setiap masalah.Untuk melahirkan bangsa yang berjiwa besar dan kuat hendaklah dididik bangsa itu menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat hidup. Didik rakyat hingga mereka merasakan Tuhan segala-galanya, darah daging, hidup mati, lantas sangat mempromosi dan memperjuangkan Tuhan.

Hasil dari memperjuangkan Tuhan akan lahirlah bangsa yang memiliki lima sifat yang juga merupakan syarat untuk bangsa itu berjaya.

1. Rajin dan bersungguh-sungguh.
2. Berani.
3. Sabar, tabah dan cekal.
4. Bertanggungjawab dan sangat berdisiplin.
5. Kreatif dan cerdik ,

Tuhan perintahkan manusia supaya takutkan Tuhan.

Apabila manusia takutkan Tuhan secara otamatik manusia menjadi baik. Kebaikan manusia itu kembali faedah dan manfaatnya dikecapi oleh manusia. Semua manusia sukakan kebaikan. Kalau demikian memang amat perlu manusia dididik untuk takutkan Tuhan.Tuhan perintahkan manusia supaya mencintai Tuhan.

Apabila manusia mencintai Tuhan secara otamatik manusia hidup berkasih sayang. Semua manusia sukakan kasih sayang kerana ianya adalah fitrah semua manusia. Kalau begitu memang wajar diusahakan agar manusia mencintai Tuhan.Jalan keluarnya adalah terletak ditangan pemimpin dan ulama dalam mendidik manusia bercita-cita Tuhan, takut dan cintakan Tuhan. Pemimpin dan ulama patut mengakui dan mesti bertanggungjawab. Pemimpin dan ulama tidak boleh berlepas tangan atau membiarkan sahaja, atau berpuas hati dengan keadaan rakyat dalam keadaan lemah jiwa, keluh kesah dan gelisah. Dalam keadaan lemah jiwa, keluh kesah dan gelisah inilah rakyat merasakan mereka tidak terbela dan tiada tempat mengadu. Sebenarnya bukan besar sangat persoalan masalah yang dihadapi itu, tetapi seolah-olah masalah rakyat tidak dipedulikan.

Apa akan terjadi? Akhirnya nanti orang politik akan ditolak oleh rakyat. Raja-Raja mempunyai hak untuk memberi kuasa kepada siapa sahaja, walaupun bukan orang politik, asalkan dapat mendamaikan suasana negara dan Rakyat.Rasulullah saw ada menyebut dalam Hadis Baginda dengan maksud, ‘Dua golongan apabila baik maka baiklah rakyat iaitu Umara Dan Ulama.’Dan dalam Hadis lain Rasulullah menyifatkan para pemimpin itu, ‘Penghulu kepada satu kaum itu adalah khadam kepada kaumnya.’Dalam Hadis pertama bagi orang Melayu pemimpin dengan rakyat diumpamakan kayu dengan bayangnya. Kayu yang lurus sudah pasti bayangnya lurus. Kalau bayangnya bengkok, tanpa melihat kayunya sudah tahu bahawa kayunya bengkok. Untuk melahirkan rakyat cita-cita dan matlamatnya Tuhan, memperjuangkan Tuhan, takut dan cintakan Tuhan, maka pemimpin dan ulama mestilah dari kalangan yang begitu sifatnya. Sekarang ini apa yang terjadi memperlihatkan rakyat tidak mempedulikan Tuhan atau meminggirkan Tuhan adalah disebabkan pemimpin dan ulama yang memang tidak mempedulikan Tuhan atau meminggirkan Tuhan. Pemimpin dan ulama tidak membawa Tuhan bersama atau tidak membawa Tuhan campur tangan dalam segala urusan hidup.Dalam Hadis kedua pula Rasulullah saw maksudkan bahawa pemimpin adalah orang yang sangat berkhidmat kepada rakyat.

Khidmat disini janganlah pula melihat dalam aspek lahiriah semata-mata. Biar pun dalam realitinya tuntutan lahiriah itu belum sempurna namun usaha kearah itu sentiasa dibuat. Apa yang tercicir ialah khidmat dalam memenuhi tuntutan rohaniah dan maknawiayah rakyat. Sedangkan kalau selesai aspek rohaniah rakyat, akan membawa kepada kesan yang lebih positif. Rakyat perlukan pemimpin umpama Saidina Umar Bin Ibnu Abd Aziz yang mempunyai karamah dan berkat. Dizaman pemerintahan Saidina Umar Ibnu Abd Aziz, bukan sahaja rakyatnya berkasih sayang, bahkan kambing dan serigala pun boleh bergurau senda. Tiada rakyatnya yang layak menerima zakat, bukan semata-mata semuanya kaya harta, bahkan golongan fakir pun merasai tidak layak menerima zakat. Ini kerana mereka memiliki kekayaan jiwa hingga miskin pun dirasai kaya lantas menolak zakat. Golongan miskinnya merasai tidak layak menerima zakat kerana sangat berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Zaman ini bukan sahaja golongan miskin keluh kesah dan menderita hingga meminta-minta, golongan kaya pun turut merasai miskin serta merasa tidak cukup. Mereka turut mencari peluang untuk memperolehi zakat. Sebab itu orang kaya zaman ini rata-rata kedekut dan tamak.

Zaman Saidina Umar Ibnu Abd Aziz, hasil dari karamah dan berkat, luntur hati rakyat untuk melakukan maksiat. Gejala sosialnya sangat minima. Tanamannya subur dan banyak mengeluarkan hasil. Binatang ternakan sangat membiak. Cuaca sangat terkawal seolah-olah ada thermostat sehingga tiada kepanasan yang melampau hingga kemarau. Dan tiada juga hujan yang melampau hingga mengakibatkan banjir. Inilah maksudnya pemerintahan yang mendapat bantuan dan pertolongan Allah swt hasil dari ketaqwaan Saidina Umar Ibnu Abd Aziz.Kalau rohaniah rakyat selesai, kekurangan, cacat cela dan sedikit terabai dalam aspek material dengan mudah dapat diatasi. Ini kerana jiwa rakyat sudah kuat , baik dan sangat mudah menerima seadanya. Kalau sedikit tak puas hati pun mampu dipendam tanpa perlu diluahkan. Lebih-lebih lagi tidak akan sampai meluahkan perasaan secara terbuka melalui demonstrasi. Ini termasuk akan lahirlah rakyat yang berkasih sayang, berlapang dada, bertolak ansur. Lahirlah rakyat yang bersedia untuk berbeza pendapat, mudah berunding, boleh bermuafakat, sepakat dan seia sekata. Natijahnya lahirlah rakyat yang memiliki perpaduan yang utuh dan kukuh. Keadaan ini hanya akan terjadi bermula dari pemimpin dan ulama yang benar takut dan cintakan Tuhan dan sangat memperjuangkan Tuhan. Sekaligus sangat membawa kasih sayang kepada rakyat. Sangat menyelamatkan, sangat membela dan sangat menghiburkan. Inilah sifat pemimpin yang perlu ada untuk menjadikan negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Nescaya rakyat tidak lagi resah dan demonstrasi tidak akan berlaku lagi.

AIRMATA TAUBAT

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu." Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."Bagaimana pula dengan kita.
Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.Renungan..........Bersegeralah Bertaubat.Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,Bersegeralah bertaubat selalu,Aku tetap menerimamu, percayalah,Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,Aku mahu akuilah kelemahan itu.Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,Kemudian mengakulah bersalah,Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,Datang lagi kepada-Ku,Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,Rintihan orang yang berdosa,Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .
Wahai hamba-hamba-Ku,Jangan bertangguh-tangguh lagi,Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.

JADUAL AKTIVITI SENI RABBANI


JOM JOIN SUMMER CAMP...BERSAMA RABBANI







22.03.2009
20.00 h
Sambutan Maulidur Rasul
Banting
Selangor
Persembahan/Show


Tarikh & Keterangan Tempat Aktiviti
Masa
19.04.2009
15.00 h
Promosi Album Nostalgia Nadamurni Rabbani Sempena Pesta Buku Ruang Legar PWTC Kuala Lumpur Promosi
19.04.2009
17.00 h
Promosi Produk Permata Hijrah Sempena Pesta Buku 2009 Ruang Legar PWTC Kuala Lumpur Promosi
19.04.2009
18.00 h
Majlis Pelancaran Semula Kelab Rakan Asuh Rabbani Ruang Legar PWTC Kuala Lumpur Promosi
21.04.2009
14.30 h
Majlis Kesyukuran & Mou Rabbani Duta Produk Permata Hijrah Hotel Singgahsana Petaling Jaya Selangor Sidang Media/Press Conference
24.04.2009
15.00 h
Perasmian Karnival Pendidikan 2009 KB Mall Kota Bharu Kelantan Persembahan/Show

25.04.2009
17.00 h
Road Tour Karnival Permata Hijrah KB Mall Kota Bharu Kelantan Persembahan/Show
27.04.2009
20.00 h
Konsert Amal Sempena Konvo Pusat Sukan Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Perak Konsert/Concert

MADAH HARI INI

Banyak orang yang berjaya mengalahkan musuh yang ramai menakluki bangsa yang besar menawan negara yang luas tapi banyak orang yang gagal mengalahkan nafsu dalam diri.

Kalau orang alim tidak sedar akan kealimannya (tidak mengaku alim) ini petanda baik, tapi kalau orang bodoh tidak sedar akan kebodohannya ia sangat pelik.

TEGAS DENGAN PRINSIP

Tegas dengan prinsip ialah seorang Islam yang kuat berpegang dengan agamanya yang sentiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya. Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, tidak kira di waktu mana, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi dan kondisi yang bagaimanapun.

Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas dirinya. Sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya melawannya. Seperti dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya.

Maka terjadilah pada dirinya banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi yang tidak boleh dia melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah di dalam keadaan darurat.

Orang Islam yang tegas dan teguh dengan prinsip

Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati. Telah jadi mendarah mendaging. Telah sebati dan menjadi tabiat dirinya. Ia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu terlupa ia mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya dan tersangat tersinggung kalau ada orang yang menentang dan menghina agamanya. Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.

Sebab-sebab seseorang itu tegas dengan prinsip/sebab-sebab seseorang itu ada prinsip

Orang Islam yang tegas dengan prinsip jumlahnya tidak ramai. Sekalipun para pejuang, pendakwah-pendakwah dan da`i-da`i. Kerana itu Islam amat susah diterima oleh orang ramai sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir sangat takut dengan Islam.

Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang dengan prinsip atau di katakan orang ada prinsip ialah:

1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang baik pula.

2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.

3. Seseorang itu ada mempunyai cita-cita. Islam bukan setakat untuk dirinya sahaja tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di alam sejagat ini.

4. Kerana seseorang itu benar-benar faham tentang Islam, kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.

5. Kerana seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang baik yang boleh menyampaikan secara baik dan diberi pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh peribadinya.

6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia rasa seronok mengamal dan memperjuangkannya.

Islamic Hijri Calendar

KENANGAN







penat nie



bila masa la ambik pic ni?? Kemeriahan Di Hari Raya


kenangan semasa hari menembak di padang sasar Kampar tahun 2004
Kursus di Batu Feringhi , Pulau Pinang
seminar di Pualu Pinang



Tahun 2007
Tahun 2008
Tahun 2008

Gotong Royong....


10 hb Mac - Gotong Royong di aadakan kt tempat keje mengecat & menyusun reka letak kat dlm pejabat.. cuaca subuh pagi agak mengerunkan mcm nak ribut taufan... tapi alhamdulillah semua nya baik jer....
































































Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar